PENCERAMAH
YBRS. PROF DR MOHAMMED AZIZ SHAH BIN MOKAMED ARIP
PROFESSORPROFESOR DR. MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP merupakan Professor di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. MALAYSIA. Beliau berkhidmat di UPSI sejak 2002. Memiliki Ijazah Kedoktoran (Ph.D), dalam bidang Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakan perunding dan pengasas pelbagai aplikasi dan pendekatan baru yang dinamik dalam psikologi dan kaunseling. Beliau adalah pengasas modul Pensijilan AD–HTP (Art-Drawing–House Tree Person) iaitu interpretasi lukisan rumah, pokok dan orang bagi penerokaan masalah dan perhubungan menolong, Pensijilan Neo-CBT (Neo-Cognitive-Behavioral Therapy) iaitu terapi kesihatan mental melalui penstrukturan kognitif yang sistematik dan berkesan dan Pensijilan Mindulness Love Therapy (MLT) atau Terapi Kesedaran Cinta iaitu merasai cinta Tuhan dan ’I Love Myself’ untuk kesejahteraan diri dan orang lain. Beliau juga pengasas Lima Modul GOT PIMEV (Graduate on Time) Master dan PhD. Kepakaran beliau ialah pembinaan dan pengujian modul latihan dan akademik dan pembinaan dan pengujian instrument psikologi. Beliau merupakan kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan (155/101); Keahlian PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia) dan Keahlian PSIMA (Persatuan Psikologi Malaysia). Beliau juga presiden bagi Persatuan Pengamal AD-HTP Malaysia dan Presiden Persatuan Pengamal Neo-CBT Malaysia.
Anjuran
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI
Tarikh/ Masa
23-09-2021 / 10:00 Pagi
Hingga
23-09-2021 / 12:00 T/Hari
Bertempat
SECARA DALAM TALIAN / APLIKASI ZOOM
Bayaran
Percuma
Brochure
-Tiada-Aturcara
QR Code
KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
-Tiada-